Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Pengakhiran Hidup Yang Dicemburui, Meningg4l Dunia Ketika Bertasbih Disisi Kaabah Selepas Selesai Solat Terawih. Pada Bulan Ramadan Dan Ditempat Yang Mulia

Pengakhiran Hidup Yang Dicemburui, Meningg4l Dunia Ketika Bertasbih Disisi Kaabah Selepas Selesai Solat Terawih. Pada Bulan Ramadan Dan Ditempat Yang Mulia

Ismail Din (1951 – 22 Oktober 2005) merupakan seorang pelakon komedi yang terkenal di Malaysia. Beliau berasal dari Jalan Langgar, Alor Star, Kedah. Beliau mula aktif dalam kegiatan teater, malah Ismail juga adalah antara pengasas kumpulan Angkatan Seni Alor Star (ASAS) yang ditubuhkan pada 1964. Kumpulan ini menghimpunkan ramai anak seni kelahiran Kedah, seperti Zulkifli Zain, Noorjaya, Morad Ibrahim dan Abu Bakar Omar.

Ismail juga pernah berlakon dalam pementasan bertajuk Alang Rentak Seribu arahan Morad dan teater Warung pada awal kemunculannya sebagai pelakon. Menerusi kaca televisyen, dia pernah muncul dalam ratusan judul drama sama ada dalam bentuk episod, bersiri atau telefilem. Ismail Din meningg4l dunia pada umur 54 tahun semasa mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Ramadhan 2005.

Difahamkan, almarhum meningg4l dunia ketika bertasbih disisi Kaabah selepas selesai solat terawih. Siapa sangka, almarhum telah meningg4al dunia pada hari, bulan dan ditempat yang mulia. Iaitu pada hari dan bulan Ramadhan yang merupakan kerahmatan yang lebih baik daripada seribu bulan. Tambahan pula ketika berada di Makkah saat berada disisi Kaabah setelah selesai solat terawih.

Ia adalah suatu pengakhiran hidup yang sangat didambakan oleh ramai mukmin didunia ini. Almarhum sangat bertuah dipilih oleh Allah salah seorang daripada hamba-Nya yang bertuah. Dimaklumkan daripada isteri almarhum, Ismail Din sangat menjaga solat dhuha semasa hayatnya. Walau sesibuk manapun, solat dhuha pasti akan didirikan yang dijaganya dengan istiqamah.

Apa yang berlaku kepada almarhum merupakan salah satu tanda kema4tian Husnul Khatimah. Mudahan kita juga terpilih dikalangan yang bertuah sepertimana almarhum. AL Fatihah untuk almarhum Ismail Din. Semoga almarhum ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.


Sumber: fb VIA TRENDINGNEWS / celevillage

Posting Komentar untuk "Pengakhiran Hidup Yang Dicemburui, Meningg4l Dunia Ketika Bertasbih Disisi Kaabah Selepas Selesai Solat Terawih. Pada Bulan Ramadan Dan Ditempat Yang Mulia"